Anda merancang untuk ke ke Seoul, Korea & Tokyo, Jepun, tetapi tiada tour leader untuk membantu anda?
Dah beli tiket penerbangan tetapi belum ada perancangan perjalanan di sana?


Berpengalaman selama 3 tahun membawa rakyat Malaysia dan fokus dalam membantu menyediakan pengurusan percutian ke Seoul & Tokyo sahaja sejak 2015. Bukan sebuah agensi pelancongan, tetapi kami biasa membawa peserta di bawah beberapa agensi pelancongan.
Kami tunggu di Seoul/Tokyo & kami uruskan perjalanan anda di sana!


feeya tour


Siapa Kami?

Perjalanan program anda akan diuruskan oleh Hafizi & beberapa orang tour leader berpengalaman di Seoul & Tokyo. Dengan prestasi baik sebagai tour leader agensi pelancongan di Malaysia secara sepenuh masa, juga telah berjaya menyediakan pengurusan pelancongan sepanjang 3 tahun, kami beri jaminan perjalanan anda bersama kami akan diuruskan dengan baik.

Kelebihan Kami?

  • Pengalaman & rutin sebagai tour leader sepenuh masa selama 3 tahun, mengendalikan pelancong dengan purata seramai lebih 20 orang di dalam satu kumpulan, hampir setiap bulan sejak Mac 2015.
  • Mahir dengan selok-belok tempat lawatan menarik di Seoul, Korea.
  • Tour leader rakyat Malaysia, yang faham & mendahulukan bahasa, amalan & budaya Malaysia. Menggunakan bahasa Melayu Tinggi & tidak menggunakan bahasa budak wicet.
  • Kemampuan bertutur & mengarang di dalam bahasa tempatan (한국어 & 日本語) untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan.
  • Tour leader akan berusaha sebaiknya memberi peringatan bagi menjaga waktu solat (bagi Muslim).
  • Jadual yang fleksibel. Berundinglah dengan kami bagi menyusun jadual perjalanan menurut kesesuaian anda.
  • Tiada tempat paksa beli (tourist trap). Tempat lawatan dijamin berbaloi & puas hati.
  • Realistik. Kami tidak janjikan servis kami dengan harapan, tawaran hebat & harga pakej murah yang tidak realistik. Tiada cas tersembunyi & tip tambahan.
  • Kami percaya, pakej dengan harga murah tidak mampu bertahan lama & hanya mengundang masalah buat tour guide, tour leader, pihak pengurusan, malah mungkin membawa masalah kepada peserta sendiri yang mengundang bahaya kes scam.
  • Namun insya-Allah, tour leader sempoi & kami akan berikan yang terbaik mengikut kemampuan kami. Kepercayaan & keselesaan anda adalah tunggak servis kami. 💪🏻