Assalamu’alaikum & selamat pagi semua !

Kali ni saya nak cerita sedikit apa yang kalian semua akan jalani sepanjang berada di Seoul, Korea bersama FEEYA Tour.

Ini hanyalah sekadar satu contoh perjalanan trip di sana. Tak dijamin yang susun atur begini 100% sama sepertimana yang akan kalian lalui.


Hari Pertama

Penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Malaysia ke Incheon, Korea sekitar pukul 8.00 am. Tetamu dijangka sampai di Incheon pada jam 3.20 pm waktu tempatan. Tour leader akan menunggu kalian di depan Gate ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea.

Selesai semua peserta berkumpul di hadapan Gate ketibaan, tour leader akan beri sedikit penerangan mengenai trip dan mula menuju ke stesen subway. Perjalanan dari Incheon ke Seoul mengambil masa lebih kurang 1 jam menggunakan subway train.

Sampai sahaja di stesen yang berdekatan dengan penginapan, para peserta akan berjalan sedikit menuju ke tempat penginapan untuk check-in. Para tetamu akan diberikan sedikit masa untuk berehat dan bersiap-siap sebelum memulakan perjalanan di waktu malam.

Tepat pada waktu yang dijanjikan, para peserta akan dibawa makan malam di restoran yang berhampiran dengan kawasan penginapan mengikut bajet yang telah ditetapkan.

Selesai makan malam, semua tetamu akan dibawa berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut untuk menikmati suasana malam pertama di bumi Korea Selatan.

Para peserta akan diberi masa untuk meninjau-ninjau di sekitar kawasan tersebut dan dikehendaki berkumpul semula di satu tempat yang akan ditetapkan.

Selesai aktiviti malam, para tetamu akan dibawa pulang ke tempat penginapan. Tour leader akan memberi sedikit maklumat mengenai aktiviti untuk esok dan semua tetamu boleh terus tidur lena atau apa-apa aktiviti bebas.

Hari Kedua

Para peserta akan bersarapan di dalam tempat penginapan dan berkumpul pada waktu yang ditetapkan untuk memulakan perjalanan. Seperti semalam, perjalanan akan menggunakan subway.

namsan park

Tempat pertama adalah Namsan Park, N Seoul Tower. Untuk ke tempat ini, peserta akan menaiki bas awam untuk naik ke atas bukit selepas menaiki subway. Kita akan bergambar beramai-ramai dan dapat melihat pemandangan bandar Seoul dari atas bukit Namsan tersebut.

Untuk lebih pengalaman, para peserta boleh membeli tiket untuk menaiki Observatory Deck di atas N Seoul Tower. Bagi yang tidak berkeinginan untuk naik ke atas menara, boleh meninjau-nijau kawasan Namsan Park, N Seoul Tower Plaza, Padlock Bridge, beli-belah di kedai cenderahati atau boleh cuba menaiki Namsan Cable Car.

n seoul tower plaza
Lokasi seterusnya ke Pasar Namdaemun. Peserta diberikan masa untuk membeli barangan cenderahati dengan harga yang sangat berpatutan berbanding dengan harga biasa yang dijual di tempat lain. Bagi yang ingin mengalas perut sebelum membeli-belah, ada kedai kebab untuk disinggah.

namdaemun market

Tempat terakhir untuk hari ini adalah Myeongdong Street. Peserta akan dibawa ke restoran halal di Myeongdong untuk makan tengah hari dan solat. Selesai makan, kita akan sambung membeli-belah barangan kosmetik atau pelbagai barangan berjenama di Myeongdong street.

Peserta juga boleh menikmati pelbagai street food di jalan besar yang dibuka seperti pasar malam. Boleh pilih mana-mana makanan halal mengikut panduan tour leader. Peserta akan berkumpul kembali pada waktu yang ditetapkan untuk pulang ke kawasan penginapan. Hari kedua tamat.

kkultarae namdaemun market

Bagaimana? Sudah teruja untuk ke Seoul, Korea?

Ikuti pengalaman hari ketiga dan seterusnya bersama kami di FEEYA Tour !
Daftar dan nikmati pengembaraan yang akan kekal dalam ingatan anda bersama kami. ^^

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *