Bagi yang akan pergi melancong ke Korea atau Jepun, anda tidak perlu risau untuk bersolat sebab sekarang dah ada banyak tempat untuk bersolat di sana.

Namun, pastinya tak semua tempat ada tempat yang sesuai untuk solat dan tak adanya banyak masjid macam kat Malaysia. 😂

Untuk orang yang dah bermukim macam encik tour leader ni, perlu solat setiap kali masuk waktu. Jadi, dalam beg dah siap-siap sejadah kecil & botol air. Siap-siap ambil wudhu dari rumah dan jaga wudhu’.

Tapi bila dah tak ada wudhu’ tu, kenalah ambil semula kat mana-mana bilik air. Basuh mula dari muka, tangan & sebahagian kepala, kemudian basuh kaki di dalam tandas menggunakan botol air tadi.

Pastikan lap-lap balik sinki & lantai yang basah tu supaya kering, sebab orang Korea & Jepun memang akan pastikan tandas kat sini sentiasa kering. InsyaAllah tisu memang akan sentiasa ada, jadi tak ada masalah untuk keringkan bahagian yang basah.

Lepas tu, misi cari port yang sesuai untuk solat pula. Supaya tak ganggu laluan awam, biasanya tepi-tepi tangga atau tepi-tepi dinding bangunan yang terlindung sikit jadi port kegemaran sayalah.

Kalau nak solat kat depan public pun ok je, tapi kena hadap sikitlah pandangan orang umum. Mungkin buat solat tak khusyu’ sikit. 😅

Cari arah kiblat mengikut kompas atau digital compass pada telefon.
Arah kiblat di Tokyo adalah 293° daripada Utara mengikut arah jam,
manakala arah kiblat di Seoul adalah 285° daripada Utara mengikut arah jam.

Dah selesai semua persiapan?
Maka, diucapkan selamat menunaikan solat pada waktunya, walau di mana pun kita berada. ☺

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *